STEP 1 : SCATH dulu sebelum membuat sulaman..
- Lukis bulatan dengan menggunakan erasable pen/kapur berwarna ke atas fabrik.
- kemudian, masukkan sekeping flower bowl (warna mengikut citarasa) secara menangkup ke bawah dan disusuli dengan sekeping flower bowl dengan mengakup/ tengadah ke atas.
- Teknik ini same dengan teknik manik bersayap (wing of sequin).
STEP 2 : Kuncupkan bentuk kelopak bunga.
- Susupkan jarum kedalam fabrik menghala ke bahagian dlm bulatan dengan mengmbil kira jarak jejari sequin.
- Ulangi langkah 1 sehingga penuh garisan keliling lakaran tadi.
STEP 3 ; Bentuk'an bunga dengan letakkan mutiara di tengah2 bulatan.
- Kemudian, isikan bahagian tgh dengan sebutir mutiara kaca (glass pearl) saiz 6mm sebagai inti. Pilihan lain, anda boleh mengisi inti bunga dengan teknik manik 3 serangkai (three beaded beads)
- Sekiranya bulatan anda besar, kemungkinan anda perlukan lebih dari 1 kali lilitan sulaman utk memenuhi 70% ruang lakaran.
- Apa yg penting kat sini, pertukaran material bole mengubah hasil akhir (output) sesuatu rekaan.
- Jangan takut utk mencuba pelbagai material.